Ketawa & Menangis - TERTAWA DAN MENAGIS

Sunday, 29 March 2015

Ketawa & Menangis

Ketawa & Menangis


ALLAH swt. bertanya kepada malaikat maut: “Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam? “
Maka Malaikat pun menjawab : “Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget. “
“Apa yang membuatmu tertawa ? “
“Ketika aku bersiap -siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut , ‘ Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun ‘ , ” .
” Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya. “
Allah swt. lalu bertanya : “Apa yang membuatmu menangis? “
Maka malaikat menjawab : “Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan . Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut . Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. “
“Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget ? “
Malaikat menjawab : “Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya , setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku , lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. “
Allah swt bertanya lagi: “Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?
“Tidak tahu, ya Allah. “
“Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu , Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya . “
[dedih mulyad kitab Tadzkirah karangan imam Qurthubi] Nabi Muhammad Yatim Piatu dan Ketinggian darjat anak Yatim piatu dalam Islam.